Thursday, December 27, 2012

Resepi Laksa Kedah kuah Asam Pedas

Assalamualaikum..
yer.. ^_^ Senyum dulu..Olla evrybody!!setelah kekenyangan melantak Laksa kedah yang dibikin mak ecah tadi, soo terasa nak share resepi ni.. wallah!! ye la, ramai yang dok kata Laksa kedah dengan laksa Penang sama, Ohh NO.. TAK SAMA ok.. 80% tak sama!.. sebabnya sampai bila-bila Laksa kedah sentiasa jadi my favrite dan ecah kenal rasa Laksa Kedah ni berbanding Laksa Penang atau Laksa Kelantan.. hihi..  berikut merupakan resepi asli turun temurun yang dibuat mak ecah..

Resepi Laksa Kedah kuah Asam Pedas(5-6 org makan)


  • Bahan-bahan
Laksa Besar -1 bungkus (direndam 2-3 jam/sehingga lembut)
Ikan 1kg- (direbus kemudian diasingkan isi dan tulang. blend isi ikan. tulang ikan pon diblend juga tetapi mesti ditapis setelah diblend) p/s: gunakan air rebusan ikan untuk blend
Asam Keping- 3-4 keping
Bunga Kantan 1
Daun Kesum
garam secukup rasa
Sedikit Gula jika perlu


  • bahan kuah (diblend sekali semua)
Cili Kering- 20 Tangkai-rebus dahulu
Bawang Merah- 10 ulas
Belacan - 1 inci


  • Bahan sampingan/hiasan (dipotong kecil-kecil)
Timun
Bawang Besar
Pucuk/ulam (pucuk gajus sedap!/pucuk selom)


  • Cara-caranya adalah:
1. Masukkan Bahan kuah yang diblend kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. masukkan isi ikan yang diblend bersama-sama air rebusan yang diblend bersama ikan tadi atau sebanyak mana yang suka (nak pekat air sikit, nak cair air banyak)-gaul rata
3. masukkan bunga kantan +daun kesum + asam. biarkan mendidih
4. masukkan garam secukup rasa.
(siap dah kuah!)
5. rebus air hingga panas & mendidih, masukkan laksa yang direndam tadi. apabila lembut, toskan. basuh pula bersama air biasa.
6. hidangkan laksa bersama timun, bawang dan pucuk tersebut, tuangkan kuah dan MAKAN!

[sebenarnya ada dua jenis kuah tau.. kuah asam pedas dan kuah Lemak . nantilah ecah share pula resepi Laksa Kedah Kuah Lemak ok!]

~sELAMAT Menjamu SeLeRa!~


No comments :