Wednesday, March 30, 2011

tEsT RaHsiA PeRsOnAlItI aNdA 2nd vErSiOn

✿‧:﹎。❤ Assalamualaikum ❤‧:﹎。✿
(jawab tuh..)
another test today...nk thu? try k..hehe.. (◡‿◡✿)

Kiraan Tarikh Lahir :-

Contoh tarikh Lahir(27.07.1981)
Sikap & perwatakan (27)

2 + 7

= 9
Visi (27.7.1981)

2 + 7 + 7 + 1 + 9 + 8+ 1
= 35
= 3+5
= 8
Sifat Dalaman / bakat (hanya jika dipupuk)

= Sikap + Visi = sifat dalaman
9 + 8
= 17
= 1+7
= 8
kira lar korang pnye bufday lak..
korang akan dapat 3 angka untuk korang... 
yg 1st tnjuk sikap korg, 2nd tunjuk visi n 3rd tunjuksifat dalaman korg..
 pas 2 Periksa nombor2 2 dengan definisi di bawah.


Definisi ringkas.
No 1 = Pemimpin
Layak menjadi seorg pemimpin, namun jika visinya pemimpin tanpa disokong no 5 (boleh berunding) akan berasa sedikit gila kuasa.

No 2 = Lembut
Kita boleh lihat no 2 pd sikapnya yang lembut, namun jika no 2 pd sifat dlmn, dia mudah mengaku kalah dan terlalu lembut tanpa org lain sedar. Oleh itu, org yg memiliki no 2 pada sifat lembut harus berusaha menjadi lebih kuat dan pendirian tetap.
No 3 = Kemas/Cerewet
Cara pengurusannya amat teliti namun ada sesetengah org yg terlalu cerewet. Visinya yg kemas tanpa disokong no 4 (rajin) akan menjadi seperti biasa shj.
No 4 = Rajin
Sikap rajinnya amat terserlah, Visinya yang rajin mampu membuat sebarang kerja atau apa bidang sekalipun dan mampu mengeluarkan idea2 bernas lain drpd org lain.
No 5 = Boleh Berunding
Sikapnya boleh berunding dan senang berurusan dgnnya, namun dia juga dipengaruhi no-no lain pd visi dan sifat dlmn. Mampu berkomunikasi dgn org lain secara diplomasi.
No 6 = Angin
Sikapnya seperti angin, jika kita tiup angin, dia akan pergi, jika kita sedut angin, dia akan dtg. Maksudnya di sini, dia tidak begitu tetap pendirian. Sesiapa yg mempunya no 6 pd visi, dinasihatkan duduklah di sebelah org yg positif kerana anda mampu menjdi seorg yg hebat drpd org yg menyokong anda dan jika duduk sebelah org negatif, hancurlah anda.
No 7 = Patuh
Seorg yg sgt patuh pd sikap, kalau visinya patuh, kira bguslah boleh mendengar kata nasihat2 org dan harus dipraktikkan, namun jika sifat dlmnnya patuh, jgnlah terlalu menunduk dan menyerah kalah.
No 8 = Berniaga
Org yg mempunyai no ini mmg suka berniaga, suka tgk duit dan mampu mengembangkan harta, dll. Hati2 jika no 8 jatuh pd sikap kerana semua bisnes dia mahu ceburi tanpa focus dan menjayakan sesuatu. Visi 8 mampu bekerja keras dlm berniaga dan itulah kerjaya sebenar. Yg paling bgusnya jika sifat dlmnnya no 8 (jrg org ketahui) bhw dia mempunyai bakat dlm perniagaan.
No 9 = Glamour
Glamour di sini bermaksud berani menonjol diri, pandai berkomunikasi, pandai bergaya. Visi glamour mampu dan berani menceburi bdg2 spt penyiaran, penyanyi, peguam, dsb. Jika sifat dlmnnnya 9, jgn la terlalu branded style jika tidak disokong sikap dan visi yg tertentu.

p/s: sekadar perkongsian.. :kurangkan dosa, tmbahkan phala.. renung-renungkan... Zass~~

~tEsT RaHsiA PeRsOnAlItI aNdA~


✿‧:﹎。❤ Assalamualaikum ❤‧:﹎。✿ 
(jawab tuh..) (◡‿◡✿) 
jOm TeSt ..pas2 bandingkan ngan sifat korang skarang nie.. 
~SAMA ke TIDAK~


camne nk kira?
tengok Contoh nie:

katakan kmu lahir 12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

TRY LAR....pas 2 tgk keterangan kt bawah nie..
tgk keterangan berdasarkan nombor korang yer..=)

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. 
-Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.

- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.


semua nie cuma kjian dari hamba Allah... ada btol n ada tdaknya... jgn terlalu mempercayainya kerna
sgalanya adalah bergantung pada qadak dan qadar Allah s.w.t
anggaplah ia sbagai suatu ilmu.. =)

p/s: sekadar perkongsian..
:kurangkan dosa, tmbahkan phala.. renung-renungkan... Zass~~

Tuesday, March 29, 2011

~AnDaInYa lElAkI tAhU..~ (◡‿◡✿)

✿‧:﹎。❤ Assalamualaikum ❤‧:﹎。✿

Andai lelaki tahu..
Dalam hati seorang perempuan itu ada naluri utk diSAYANGI
ada rase utk diberi PERHATIAN
ada rasa utk diDENGARI keluh kesahnya
ada waktu2 dia minta utk diTEMANI kesedihannya


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta
lelaki itu tak semestinya punyai segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya

Andai lelaki tahu..
RAJUK seorang perempuan minta utk diPUJUK
MARAH seorang perempuan perlu diDEKATI
SEDIH seorang perempuan harus diDENGARI
GEMBIRA seorang perempuan ingin diKONGSI

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan AIR MATA
tidak bermakna dia LEMAH
tetapi dia sedang mencari KEKUATAN
utk terus TABAH menyintai seorang lelaki

 Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan MARAH
sememangnya dia tidak mampu mengawal perasaannya
tetapi..percayalah
itu bermakna dia sgt MENGAMBIL BERAT dan MENYAYANGI

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan ingin seorang lelaki itu BERUBAH
bukan bermakna dia tidak mahu menerima seadanya
tetapi dia mahukan anda LEBIH BAIK
bukan utk dirinya
tetapi utk MASA DEPAN

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan CEMBURU
bukan bermakna dia tidak sayang
tetapi dia TERLALU SAYANGKAN seorang lelaki itu
dan masih menganggap lelaki seperti anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh PERHATIAN
Adakalanya dia TERLALU RISAU
jika TERLALU PERCAYA
seorang lelaki itu akan MENGKHIANATI KEPERCAYAAN yang diberi

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan itu mengatakan dia RINDU
dia benar-benar meMAKSUDKANnya
Apabila berjauhan
bayangan akan sentiasa bermain dimatanya

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata lelaki lain itu LEBIH BAIK
dia hanya ingin MENGUJI dan MELIHAT
sejauh mana seorang lelaki itu sanggup menjadi yang TERBAIK dimatanya
walaupun sebenarnya lelaki yang dicintainya itu adalah yg TERBAIK dihatinya

Andai lelaki itu tahu..
Apabila perempuan itu DEGIL
bukan bermaksud utk menjadi degil
tetapi mahu MELIHAT sejauh mana lelaki itu mampu BERSABAR dgnKERENAHnya
hati perempuan itu SANGAT LEMBUT

Andai lelaki itu tahu..
Disebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan LEMBUT
bukan untuk diMANJAI
bukan jua utk diTATANG bagai minyak yg penuh
hanya sedikit PERHATIAN
agar rasa KASIH itu wujud
Walau disaat berJAUHan

kerana Andai lelaki tahu..
hati ini sentiasa berTANYA
pada diri seorang perempuan
wujudkah CINTA itu dihati seorang lelaki yang dicintainya??
bila disaat jauh tanpa perkhabaran

Dan seandainya seorang lelaki itu tahu..
Allah menciptakan LELAKI dan PEREMPUAN itu
dgn PERBEZAAN yang tersendiri
tetapi sekiranya mereka saling MEMAHAMI
mereka akan saling MELENGKAPI dan MENYEMPURNAKAN

perempuan itu diciptakan oleh Allah INDAH sekali
disebalik AIR MATAnya
tersimpan seribu satu KEKUATAN
yg bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa SELAMAT bersamanya
biarpun zahirnya perempuan itu tampak LEMAH
tetapi dia punyai KEKUATAN tersendiri
yang bisa MENGGONCANGkan DUNIA
dan bisa pula membuatkan lelaki menjadi LEMAH kerananya


Seandainya lelaki itu tahu......

~a LoVe lEtTeR 4 u~✿

✿‧:﹎。❤ Assalamualaikum ❤‧:﹎。✿
 (jawab tuh..) 
another story today...nk thu?
 bace k..hehe.. (◡‿◡✿) 

Kehadapan bakal suamiku
 (harap-harap ada satu saja kamu). 

Oh, cyg...(boleh saya call kamu cyg kan?)

cyg, saya tulis ini bukan sebab saya dh x sabr nak kahwin cyg. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang cyg, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh cyg (chewah geli pulak dah ni)

cyg, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah cyg, geli you baca statement I kan? Tapi cyg, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau cyg, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la cyg!  Tambah dosa je tau kapel ni.

So kalau kita jumpa nanti cyg, tapi saya jual mahal, cyg jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 galak/gatal/gedik/biru sudahla! Saya report sama itu haji norizan or Cikgu Lee Soon Guan.. haaa.. thu tkut..

Oh cyg,

Kalau nanti saya first time jumpa cyg saya tanya dah Solat Subuh ke belum, cyg jangan marah tau. Wajib tau cyg saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh cyg, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagicyg tak angkat…siap cyg!

Pastu cyg mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau.  Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? cyg kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

Oh cyg,

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap cyg jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorg suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap cyg kata banyak sangat pulak. cyg, nanti cyg tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.
Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak cyg….

Oh cyg,

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin cyg mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak cyg nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway cyg, I on je (wah terkejut kau!).
Tapi syaratnye cyg kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat cyg? Saya pon penat gak. cyg pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan cyg pulak. Heisss…kalau kurang layan cyg nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!

Senang-senang cyg, kita upah bibik sorang. Takpe cyg, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke cyg bahagia?

Oh cyg,

Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), cyg jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, cyg. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.
cyg, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke cyg? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Siti Nurhaliza tak tau la).

Dan cyg,

Kalau cyg tengok awek-awek cun depan mata jangan la cyg sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau cyg type yang gatal depan-depan saya cyg pi usik dia lagi. Amboi cyg, cyg suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila cyg keluar dgn saya cyg pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa cyg kata? “dia pakai macam tu cyg tengok la?” cyg, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila cyg tengok cyg pon tumpang dose sekali. cyg nak??? cyg kata cyg tak boleh tahan diri dari tengok? OK cyg, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

cyg,

kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan ubi kayu je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi cyg, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan cyg merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, cyg pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi cyg boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa cyg kata, itu keperluan kita bersama? Ah, cyg sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti cyg kongker tengok Chelsea main EPL kan….

cyg, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji cyg kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua cyg!!

Cuma ingat cyg, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah cyg, kita senang.

Sekian sajalah cyg. Hope to see you soon! ^_^

*tidak ada kene mengena dengan sesapa. Sekadar nukilan. Hohoho...





putera yang dicari, 
walau bukan putera raja biarlah putera agama, 
yang diimpi,biarlah tak punya rupa, 
asalkan sedap dipandang mata, 
yang dinilai,bukan sempurna sifat jasmani, 
asalkan sihat rohani sempurna hati, 
yang diharap,bukan jihad pada semangat, 
asalkan perjuangannya ada matlamat, 
yang datang,xperlu yang gemilang, 
kerana ana serikandi dengan silam yang kelam, 
yang dinanti,bukan lamaran dengan permata, 
cukuplah akad dan janji setia,& 
yang akan terjadi,andai xsama kehendak hati, 
ana redha ketentuan ilahiitulah ketentuan sejak azali..

p/s: sekadar perkongsian.. :kurangkan dosa, tmbahkan phala.. renung-renungkan... Zass~~

Sunday, March 27, 2011

hAsIL kARyA aGUng zAmAn BuDaK2

✿‧:﹎。❤ Assalamualaikum ‧:﹎。


nk tnjuk pew yg ank murid ksayangan aku lukis time aku buat SBE kali ptama ..
hehe..
dari kelas 3 Arif SKHI


tajuk: bebas..
set induksi: pejam mata,, bayangkan mereka brada kt satu tmpat yg cntik..boleh lari2..


soo...aku pn suruh diorang lukis pew yang ada kt tempat 2....
diorg pn lukis laa... ada gak budak-budak yg blurr ag..aku pn suruh jer diorg lukis pew yg diorg nk or nampak...
bestnyew time 2.. like!!


jom tengok hasilnya~~~


~ HOTEL TERTINGGI~ By: Syamil
kat atas ni hasil karya budak yang dok sbelah dik jik... time lukis nie dia memg tak thu nk lukis pew..kejap2 padam.. then aku ada puji sorg budak 2 likis menara KLCC.. pastu dia warna warni.. cantik la gk kn.. (budak-budak kn suka kena puji..hehe) soo,,budak syamil ni pn tiru laa kawan dia 2.. cuma tukar tajuk jer..


~RUMAH IDAMAN~ By : Abd. Raziq (ank jiran aku..hehe)
hari 2 mse time klass, aku sh dia warna kjian yg aku wt..soo dia xsmpat lar nk join kwn2 dia mlukis 2.. ptg 2 dia pergi umah aku..dia buat yg nie..ambik jer aku..hehe..

~PANTAI~ By: Ahmad Hakim
budak nie memang cpt.. dia dpt buat on time.. memang dia dpt bayangkan lar apew yang aku suruh diorang bayangkan 2.. =)

~MINERAL KLCC~ (budak 2 nak eja menara sbenrnya.. salah aim..hahak..) By : Mohd Danial Amzar
Si Danial nie lar yang aku kata dia buat menara dia sendiri..warna warni.. chantek~~ imaginasi diorg tinggi... hehe.. nmpak x nme aishah kt lukisan dia 2.. aku mikir gak npe ada nme aku c2.. maybe dia suka cekgu ecah ni kot.. kih3... (prasan jap)

~ HAIWAN ~ (tajuk x'ditulis sbenarnya..) By: Nurul Wadhira
kalau dtgk pd lukisan 2, mulanya dia lukis kucing.. myb dia suka kucing kot.. hehe.. tp pas2 dia padam.. aku tnya nape padam..dia ckp sbb xcantik.. aku pn kata lar.."cantik dah 2.. pandai lukis tanpa tengok bahan lain..pd tahap kamu, kira memang dah cantik dah nie".. =) dia pn truskan mlukis haiwan2 2.. laut ada, darat pn ada.. tp xsmpat nk wrna dah..huhu
~PERANG~ By: Firdaus
ok.. mulanya si Firdaus ni membayangkan dan mlukis kapal selam.. xthu cmne tiba2, last skali jadi PEPERANGAN pulak..adoii... ganass dia..hehe.. budak ni lar yang kawan2 dia gtau paling nakal skali lam 3A 2..

~Nama Pokok Bunga dan Bank Z ......dan Pencuri~(tah ape lar tjuk nie..kurg fhm aku.huhu)  By: Muhammad Nur Hakim
si Hakim nie mmg plik..aku smpai skrg xfaham ape sbenrnya yang dia byangkan..adehh... tp pew2 pn, dia ada wt ucapan selamat tinggal cikgu siti Aishah dia nie..hehe..=)

~HAIWAN KESAYANGAN SAYA~ By: Nuur Mushitah
adek nie warna cantik..satu hala jer.. tp time lukis nie, dia tekap dkt buku sbenarnya..sbb 2 jadi lawa jer binatang2 nie..

~RUMAH SAYA~ By: Nur Athirah Aunie 
Budak nie mesti bayangkan main2 kt rumah dia..sbb 2 dia lukis ni kot..hehe.. not bad la utk tahap umur dia skg nie... yg terharunya, kt belakang lukisan nie, dia tulis " SAYA SAYANG USTAZAH FATIN DAN CIKGU AISYAH".. =))

~PERMAINAN YANG SERONOK~ By: Nur Fazlin 
ermm,,adek yang lukis gelongsor n papan jongkang jongkit nie mmg hebat gak r,... cos dia dpt lukis tanpa tekap n tgk buku pn..all in her head.. hehe.. nmpak ada sorang budak pompuan men glongsor 2 kn.. aku tanya sape dlm gamba 2, dia kata dia..hehe..

~DI PANTAI~ By: Syafinaz
budak nie mmg dpt lar pew yang aku cbe nak sampaikan.. dia bleh lukis smua nie dgn sndirinya.. myb dia mmbayangkan prcutian bsama kluarga tercinta r nie..hehe.. wlupun xsmpat warna bg ciap air laut 2,,tp tetap cantik..i like..hehe

~TAMAN PERMAINAN~ By:...
no name...huhuhu.. who is it? ni lukisan budak girl yang duduk sbelah Nur Fazlin (yg lukis taman permainan gak 2..) adek nie tiru jer kawan dia 2..hehe... pew2 pn,, ok r nie kn..

~HAIWAN-HAIWAN YANG COMEL~ By:  Nur Syarireen
comel x? hehhee.. darat ada, laut pn ada... 2 alam nie..

(no title.. n no name..)
mysterious drawing..tp aku tau sape..ni milik budak yang duduk dpn skali.. dpt bygkan x pew sbenarnya yang dia lukis nie? hehehe.. sbenarnya dia tiru kawan dia nie.. kawan dia lukis roket.. (yg biru 2 bumi..tp ada 4 bumi..aii.....banyaknya.. pelikss..)



~~dah mula rindu diorang~~
T-T

p/s: nk tgk gamba persekitaran sekolah.. Persekiraran SKHI
      sekadar perkongsian.. :kurangkan dosa, tmbahkan phala.. renung-renungkan... Zass~~