✿‧:﹎。❤ Assalamualaikum ❤‧:﹎。✿
(jawab tuh..)
another story today...nk thu?
bace k..hehe.. (◡‿◡✿)
Kehadapan bakal suamiku
(harap-harap ada satu saja kamu).
(harap-harap ada satu saja kamu).
cyg, saya tulis ini bukan sebab saya dh x sabr nak kahwin cyg. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang cyg, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.
Oh cyg (chewah geli pulak dah ni)
cyg, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah cyg, geli you baca statement I kan? Tapi cyg, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau cyg, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la cyg! Tambah dosa je tau kapel ni.
So kalau kita jumpa nanti cyg, tapi saya jual mahal, cyg jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 galak/gatal/gedik/biru sudahla! Saya report sama itu haji norizan or Cikgu Lee Soon Guan.. haaa.. thu tkut..
Oh cyg,
Kalau nanti saya first time jumpa cyg saya tanya dah Solat Subuh ke belum, cyg jangan marah tau. Wajib tau cyg saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh cyg, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagicyg tak angkat…siap cyg!
Pastu cyg mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? cyg kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…
Oh cyg,
Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap cyg jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorg suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap cyg kata banyak sangat pulak. cyg, nanti cyg tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.
Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak cyg….
Oh cyg,
Tau nanti tak lama lagi bila kahwin cyg mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak cyg nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway cyg, I on je (wah terkejut kau!).
Tapi syaratnye cyg kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat cyg? Saya pon penat gak. cyg pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan cyg pulak. Heisss…kalau kurang layan cyg nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!
Senang-senang cyg, kita upah bibik sorang. Takpe cyg, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke cyg bahagia?
Oh cyg,
Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), cyg jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, cyg. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.
cyg, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke cyg? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Siti Nurhaliza tak tau la).
Dan cyg,
Kalau cyg tengok awek-awek cun depan mata jangan la cyg sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau cyg type yang gatal depan-depan saya cyg pi usik dia lagi. Amboi cyg, cyg suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila cyg keluar dgn saya cyg pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa cyg kata? “dia pakai macam tu cyg tengok la?” cyg, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila cyg tengok cyg pon tumpang dose sekali. cyg nak??? cyg kata cyg tak boleh tahan diri dari tengok? OK cyg, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi
cyg,
kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan ubi kayu je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi cyg, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan cyg merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, cyg pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi cyg boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa cyg kata, itu keperluan kita bersama? Ah, cyg sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti cyg kongker tengok Chelsea main EPL kan….
cyg, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji cyg kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua cyg!!
Cuma ingat cyg, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah cyg, kita senang.
Sekian sajalah cyg. Hope to see you soon! ^_^
*tidak ada kene mengena dengan sesapa. Sekadar nukilan. Hohoho...
putera yang dicari,
walau bukan putera raja biarlah putera agama,
yang diimpi,biarlah tak punya rupa,
asalkan sedap dipandang mata,
yang dinilai,bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani sempurna hati,
yang diharap,bukan jihad pada semangat,
asalkan perjuangannya ada matlamat,
yang datang,xperlu yang gemilang,
kerana ana serikandi dengan silam yang kelam,
yang dinanti,bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia,&
yang akan terjadi,andai xsama kehendak hati,
ana redha ketentuan ilahiitulah ketentuan sejak azali..
No comments :
Post a Comment