Monday, December 31, 2012

Segmen: Memori 2012 Terpahat di Ingatan

(*INI ADALAH STICKY POST.. So sila scroll ke bawah untuk lihat post terbaru ok)
Assalamualaikum wbt
haip!! olla....

ecah dengan bangganya terasa nak buat segmen pertama untuk blog ecah ni..
hope ada yang sudi join..(◡‿◡✿) 

  • Ada apa dengan "Segmen: Memori 2012 Terpahat di Ingatan?" well... 2012 kan dah nak tutup tirai tak lama lagi... soo dalam tahun ni mesti banyak kenangan pahit manis korang kan? apa salahnya kalau kita sama-sama share memori terindah kita tu.
  • Ecah pon berminat juga nak tahu.. mane lah tahu 2012 ni ada yang berkahwin ke, bertunang ke, jatuh cinta ke, dapat beli kereta ke.. dll.. wah...untungnya! So, sesiapa yang free, jom la kita kongsi kenangan 2012 yang paling tak boleh kita lupa tu..jangan risau, Segmen ni akan berlangsung sampai 2012 tutup tirai iaitu hingga 31 Disember 2012.

  
  • Senang je nak join segmen ni.. Langkah2:
  1) Follow blog ECAH.*wajib

  2) Buat 1 entry kat blog korang yang bertajuk "Segmen: Memori 2012
      Terpahat di Ingatan"*wajib

  3) dalam entry korang, letak banner kat atas tu & link ke blog Ecah ni..
     (^_^)v*wajib

  4) tuliskan/ ceritakan tentang Memori terindah atau tersedih korang pada tahun ni..
      anything..panjang or pendek tak kisah.. no limit word.. hehe..*wajib

   5) well, bila ada memori yang best, mesti ada gambar untuk kenang-
       kenangan kan.. 
      *kalau ada letakkan la sekali.. (nak tengok juga)

   6) tag 2 orang kawan anda & beritahu mereka korang tag diorang
       yer..*sunat

   7) Lastly tinggalkan link entry korang pada kotak komen ecah...
       DONE!*wajib
     *Story2 yang best akan diREVIEW oleh ecah nanti..

Update Akan Datang:
p/s: dijemput blogger-blogger lain untuk baca entry memori terindah kawan-kawan yang join ni yer.. ^_^


  • Sharing is Caring... Do Support Me ok!
  • Memori terindah ecah 1st time naik kapal terbang untuk pergi melancong dengan classmate ke SABAH mac 2012 yang lepas.. BEST! ni cerita jalan2 kami.. JEJAK UKHUWAH V2.0  klik ni. =)
  • Tarikh Tutup segmen: 31 Disember 2012 at 11.59 pm.

Friday, December 28, 2012

Budjet Sem 5, 2013 ecah

Assalamualaikum..
yer.. ^_^ Senyum dulu..
Olla evrybody!! 2012 will say bye2 & 2013 will say hi hi soon..! jadi nak senang hidup, seperti biasa ecah akan bajet membajet dulu.. Budjet kasar untuk semester 5 2013 ecah seperti berikut:



Ya Allah, berkatilah rezekiku dan ilmuku..Semoga elaun yang diberi ecah dapat gunakan dengan sebaiknya kali ni.. nak kurangkan belanja pada yang tidak perlu.. InsyaAllah.. 
beli ikut KEPERLUAN, bukan KEMAHUAN. 0key!

Thursday, December 27, 2012

Resepi Laksa Kedah kuah Asam Pedas

Assalamualaikum..
yer.. ^_^ Senyum dulu..Olla evrybody!!setelah kekenyangan melantak Laksa kedah yang dibikin mak ecah tadi, soo terasa nak share resepi ni.. wallah!! ye la, ramai yang dok kata Laksa kedah dengan laksa Penang sama, Ohh NO.. TAK SAMA ok.. 80% tak sama!.. sebabnya sampai bila-bila Laksa kedah sentiasa jadi my favrite dan ecah kenal rasa Laksa Kedah ni berbanding Laksa Penang atau Laksa Kelantan.. hihi..  berikut merupakan resepi asli turun temurun yang dibuat mak ecah..

Resepi Laksa Kedah kuah Asam Pedas(5-6 org makan)


  • Bahan-bahan
Laksa Besar -1 bungkus (direndam 2-3 jam/sehingga lembut)
Ikan 1kg- (direbus kemudian diasingkan isi dan tulang. blend isi ikan. tulang ikan pon diblend juga tetapi mesti ditapis setelah diblend) p/s: gunakan air rebusan ikan untuk blend
Asam Keping- 3-4 keping
Bunga Kantan 1
Daun Kesum
garam secukup rasa
Sedikit Gula jika perlu


  • bahan kuah (diblend sekali semua)
Cili Kering- 20 Tangkai-rebus dahulu
Bawang Merah- 10 ulas
Belacan - 1 inci


  • Bahan sampingan/hiasan (dipotong kecil-kecil)
Timun
Bawang Besar
Pucuk/ulam (pucuk gajus sedap!/pucuk selom)


  • Cara-caranya adalah:
1. Masukkan Bahan kuah yang diblend kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
2. masukkan isi ikan yang diblend bersama-sama air rebusan yang diblend bersama ikan tadi atau sebanyak mana yang suka (nak pekat air sikit, nak cair air banyak)-gaul rata
3. masukkan bunga kantan +daun kesum + asam. biarkan mendidih
4. masukkan garam secukup rasa.
(siap dah kuah!)
5. rebus air hingga panas & mendidih, masukkan laksa yang direndam tadi. apabila lembut, toskan. basuh pula bersama air biasa.
6. hidangkan laksa bersama timun, bawang dan pucuk tersebut, tuangkan kuah dan MAKAN!

[sebenarnya ada dua jenis kuah tau.. kuah asam pedas dan kuah Lemak . nantilah ecah share pula resepi Laksa Kedah Kuah Lemak ok!]

~sELAMAT Menjamu SeLeRa!~


Harga Kasut untuk 2013ku.

Assalamualaikum..
yer.. ^_^ Senyum dulu la..
Olla evrybody!! hahhaa.. happynya daku... shopping + dating dgn ex-clastmte ecah siang tadi.. (gurl ok!) hoho.. nice chit chat with her.. sharing-sharing story mori.. wah rindunya zaman sekolah dulu2, .. ehem.. then finally ecah pon belilah dua pasang kasut ni.. setelah EMPAT kali masuk ke dalam kedai yang sama melihat kasut yang sama pada hari dan tarikh yang lain-lain, akhirnya kali ni masuk ke BATA, ecah beli!!! terkenangkan kasut sport ecah sem baru lepas ni yang dah terkeluar tapak, (sadis rasa) dan kasut kuliah yang dah haus tapaknya, soo belilah dua pasang kasut ni..




SKEMA kan kasut-kasut ni? memang spesifikasi kasut kat IPG perlu kasut kuliah berwarna hitam, tidak bermuncung tajam dan mesti bertumit antara 1 1/2 - 3 inci kot... kasut sport pula nanti akan dipakai di dalam kelas PJ.. almaklumla ecah minor PJ dan spesifikasi yang diwajibkan mestilah ada  banyak warna putih.. berapa % tak ingat.. hoho..  soo melihat kepada kasut-kasut yang dibeli ni, InsyaAllah PAS! hehehe..

sesaja nak simpan harga kasut ni.. mungkin bagi sesetengah orang KAYA mereka akan kata  "apa class beli kasut murah" tapi bagi orang macam ecah, harga kasut ni ohh MAHAL dah.. huhuhu.. semoga kasut-kasut ni dapat berbakti kepadaku semaksima mungkin. I need them.. 

Tuesday, December 25, 2012

backup File dengan DROPBOX? apa tu?

Assalamualaikum..
yer.. ^_^ Senyum dulu..
Olla evrybody!!
Siapa lagi yg belom guna dropbox? mesti ramai belom guna kan...? haa.. mesti korang pon tak tahu apa itu dropbox kan kan kan? (ecah pon baru tahu sebenarnya) hihi.. mujur la ada junior yang post pasal dropbox ni.

Apa itu dropbox? 
dropbox ini adalah satu perkhidmatan percuma yang membolehkan kita membawa semua gambar, dokumen,vidio atau audio kita kemana sahaja kita pergi. maksudnya apa sahaja yang kita masukkan ke dalam dropbox ini akan disimpan secara automatik ke dalam komputer, telefon dan juga di dalam laman web dropbox itu sendiri. Hanya perlu install sahaja dropbox ini dalam komputer anda. (alah, senang cerita dia boleh jadi macam backup folder kita la)

Kelebihan dropbox?
  • ia Sangat bguna utk slmatkan document, assigment, thesis kita...  apabila laptop pertama anda rosak,, bahan2 tidak akan hilang.. kerana bahan2 itu juga ada dalam akaun anda dalm internet dan juga laptop kedua anda... 
  • Tak perlu bimbang jika assignment, thesis atau gmbr, video, mp3 anda hilang... kerana ada backup dengan menggunakan DROPBOX...
  • haa.. lagi satu, kalau kita terlupa bawa komputer kita, then tiba tiba ada kerja yang kena buat, kita boleh buka je dropbox kita di internet dan buat.. (dengan syarat file tu mestilah save dalam dropbox tu ye)
  • memudahkan kita untuk share file kita dengan orang lain---hanya hantar link dari dropbox kita ke mereka yang kita nak share dan diorang boleh terus buka.. wow..


Amacam? nak guna tak? tak percaya? try la sendiri.. tak rugi pon.. Nah linknya
sila download ok.

Ataupun korang boleh bagi email korang pada ecah, InsyaAllah ecah akan invite dan anda boleh lihat sendiri... Mudah sahaja nak gunakannya... Selamat untuk digunakan...  SELAMAT MENCUBA! [ada soalan? sila komen OK!]

Monday, December 24, 2012

BOSAN-bosan Cutiku Part 8- Jahit Manik + Labuci SIAP!

Assalamualaikum.. 
Olla .....Tangan ni gatai nak upload pulak hasil jahit manik + labuci yang berjaya disiapkan 100% minggu lepas..Alhamdulillah.. banyak lagi kena improve.. papepon untuk jahit manik ni mestilah banyak SABAR.


cuti tinggal seminggu lg, tapi baju dah xde untuk jahit manik...smua tinggal di KB..huhuhu.. 

Sunday, December 23, 2012

Doodle untuk Shoutbox Cheritera Suka Haty

Assalamualaikum..
ecah dapat buat & edit doodle dalam bentuk animated gif untuk blog ecah ni..
wiehaa...
Alhamdulillah..

       


doodle gurl rambut pendek berseluar.

Assalamualaikum..
hallo3.. ecah tengah giler main2 dengan software buat doodle ni..soo malam ni terhasillah satu lagi doodle gurl rambut pendek berseluar... hehehehe..
soo macam biasalah..
AmacamAny komen?
banyak lagi kena improve kan..?

*kalau ada sesiapa yang nak, boleh saja..ambillah ye..sila tinggalkan komen 
& jgn lupa credit ke blog--- http://pon2ecah.blogspot.com/
*nk request warna lain pon bole.. InsyaAllah..
ok!


Saturday, December 22, 2012

Banner 1st! Cheritera Suka Haty

Assalamualaikum..
nah gatai tangan buat banner Huduh ni..
hihi.. ^_^
Alhamdulillah..

Doodle Bride 2nd Version

Assalamualaikum.. 
Olla adik2, abang2, kakak2, pakcik2, makcik2..!! salam Petang Sabtu.. now terasa Gatai tangan nak upload doodle pengantin perempuan yang 2nd version pulak.. tak banyak beza pon dari yang DoOdle pengantin Perempuan 1st version [KLIK]..Cuma ada sikit berbeza dari warna tudung,.. sbelum ni tak nampak macam dia pakai tudung lain kan (apa yang aku cakap ni?) ahhhh... nak tahu bezanya tengok la sendiri yang 1st version dgn 2nd version tu okey!
 
warna diatas ni mungkin nampak sama tapi berbeza tau.
AmacamAny komen?
banyak lagi kena improve kan..?

*kalau ada sesiapa yang nak, boleh saja..ambillah yer...sila tinggalkan komen 
& jgn lupa credit ke blog--- http://pon2ecah.blogspot.com/ tau..
*nk request warna lain pon bole.. InsyaAllah..
ok!