Tuesday, October 4, 2011

kisah saye, awak dan dia #1

✿‧:﹎。❤ Demimu sayang❤‧:﹎。✿


Saya, awak dan dia ditakdirkan untuk bertemu di negeri kelahiran awak. Saya dan dia menjadi perantau di sini demi untuk mengejar impian masing-masing.

Saya dan awak ditadirkan untuk duduk di dalam kelas yang sama. Manakala dia berada di dalam kelas yang lain.

Walaupun dia berada di kelas lain, tp...
awak lebih rapat dengan dia. Awak selalu bergurau senda dengan dia. Saya tahu, awak suka dia.

Saya suka usik awak. Dan awak pun tak kisah. Awak dan saya pun selalu jugak bergurau. Macam sahabat baik. Tp...Awak tak tahu yang saya suka awak. Walaupun kita rapat, tapi awak lebih rapat lagi dengan dia. Sebab dia dihati awak. Saya hanya mampu melihat saja. Saya takut untuk beritahu awak, sebab dalam hati awak kan dah ada dia.

Bila awak ada masalah, awak selalu minta nasihat saya. Walaupun masalah awak dan dia. Saya tak kisah. Walaupun saya cemburu, tapi saya diamkan saja. Sebab saya tak suka tengok awak sedih. Saya tolong awak asalkan awak bahagia.

Suatu hari, satu rahsia terbongkar. Dia main kayu tiga. Dia dah ada orang lain. Dulu sebelum dia datang belajar sini, dia dah tak ada apa-apa dengan kekasih dia. Tapi sekarang bila dia dah berjaya mencipta taman dihati awak, tanpa sedar dia dah baik semula dengan kekasih dia. Awak tahu tentang tu. Tp, awak sangat-sangat sayangkan dia. Awak tak nak kehilangan dia. Awak sedih. Saya lagi sedih tengok awak sedih. Walaupun awak tahu, tapi saya tengok awak masih baik dengan dia, awak masih bergurau macam biasa. Awak masih mesej dia, awak masih call dia dan awak masih keluar dengan dia. Saya tak faham kenapa awak??

Saya tengok kekadang awak gembira, dan kekadang awak sedih. Tapi sedih awak lagi banyak dari gembira. Kesian awak. Semuanya kerana dia. Dia tak berhak untuk ditangisi pun awak. Dia tak dapat buat keputusan dengan betul. Dia beritahu awak yang dia sayang awak dan kekasih dia sangat-sangat. mungkin sebab itulah awak masih dengan dia. Sebab awak rasakan awak masih ada harapan untuk bersama dengannya.

Ahhh!! Saya dah tak tahan lagi tengok awak sedih..... Awak tak berhak untuk menangis lagi. Saya nak awak gembira. Dia tak berhak untuk terima kasih sayang awak. Cukuplah awak disakiti. saya ambik keputusan untuk menjadi pengubat hati awak. Jadi, sedikit-sedikit saya cuba mesej awak, awak pon balas. Lepas tu saya call jugak. Kadang-kadang kita bergurau. Saya suka tengok awak senyum. Dalam kelas pon kita bergurau jugak. Ada kawan-kawan awak yang dapat tahu saya suka awak. tapi awak tak tahu. Apa patut saya buat awak?

Kekadang dia datang ke kelas kita dan jumpa awak. awak masih layan dia. Ya Allah!!!betapa awak tak tahu perasaan sebenar saya pada awak...saya CEMBURU awak!!

Akhirnya saya minta tolong daripada kawan baik awak. sebab saya malu untuk cakap terus terang dengan awak. Saya bagi layanan macam ni pun awak tak tahu lagi..aishhh....susah betul.. "LAMBAT LA AWAK NI"...hahahaha... lagipun kawan awak tu pun dah dapat agak yang saya suka awak..hheehe..

SEKARANG..awak dah tahu perasaan saya pada awak. dan awak terima saya. Mungkin saya dapat gembirakan awak lagi. Sesungguhnya saya sangat-sangat gembira. Ramai jugak kawan-kawan kita yang dah tahu. Kadang-kadang mereka usik kita. Saya malu.. dan saya tengok awak pun tertunduk malu bila mereka usik kita.saya suka tengok awak malu-malu macam tu..comel....^^

Dia juga mungkin dah tahu. Tapi awak cakap biarlah dia tahu. Biarlah dia tahu yang awak juga patut rasa bahagia. Family saya pon dah tahu tentang awak. awak pun saya tengok dah mula rapat dengan family saya. Awak call diorang, mesej tanya khabar. ramahnya awak. baguslah dah berbaik dengan mertua awak..hehe.

 Happynya saya sekarang ni awk! Saya harap semoga hubungan kita akan berkekalan selama-lamanya. Saya cinta awak!


p/s: a story from myself...hopefully diorang akan bhagia sehingga ke akhir hayat..^^

5 comments :

♛ Azie Azra ♛ said...

MENARIK! SUKA KISAH CINTA HPPY ENDING. NI ASYIK LAST2 MATI JE. HUUU BORING :)

emy zulaiha said...

semoga awak dan saya dalam cerita nie berbahagia sentiasa tanpa bayangan dia lagi :)

ecah said...

ni kisah sbenar... saya n awak dlm cter ni sgt2 hepy skg...

sama2 doakn diorg hingga ke jinjang plamin k..^^

Ika said...

wahh...nice story..ika doakan "saya & awak" dlm crita nie bersama hingga ke akhir hayat..amin...:)

H Y D E said...

sweet! :)

latest : Kehilangan Seorang Lagenda