Friday, January 18, 2013

Resepi Durian Crepe Mudah+cepat+ringkas!

Assalamualaikum..
yer.. ^_^ Senyum dulu..
Olla evrybody!!buzynya 2013 ecah ni.. xmenyempat nak update blog..huhu.. papepon ecah nk share resepi DURIAN CREPE yang membe ecah buat..2 hari lepas belajar buat durian crepe ni dari dia.. tgh2 malam pulak tu belajarnya... hehe..papepon baru ecah tahu, SENANG je kot.. (sebelum ni ingatkan susah..) hahaha.. yummy!!!
Bahan A (kulit)-semua diblend sekali
-5 biji telur
-600 ml air
-5 sudu kecil minyak
-2 sudu kecil esen vanila
-5 sudu gula
-1 tin susu cair
-2 sudu kecil pewarna kuning
-150g tepung kanji
-150g tepung gandum

Bahan B (inti)
-isi durian
-RICH'S GOLD LABEL cake & desert topping (krim-diputar hingga naik jadi krim)

Cara-caranya:
1. blend hingga sebati semua bahan A
2. panaskan pan tidak melekat dan tuangkan sedikit bahan A tersebut
3. ratakan cecair di dalam pan denggan mengangkat dan menggolekkan pan
4. setelah lihat kulit bahagian atas kering, cuba angkat dan kelurkan dari pan. "JANGAN TERBALIKKAN KULIT. cuma masakkan bahagian bawah sahaja
5. bahagian yang licin akan menjadi kulit luar. letakkan di dalam pinggan. 
6. letak krim sesudu lebih diatas kulit, letakkan isi durian diatas krim, kemudian letakkan krim lagi untuk sembunyikan isi durian
7. lipat kulit crepe tersebut.
8. Simpan dalam peti. enak dimakan sejuk. DONE!
YUMMY!!!

ecah juga tolong iklankan ni sebab membe ecah ni nak buat bisnes ni kecil kecilan.. nk bolehla order!