Saturday, May 14, 2011

~bila cekgu kna g BIG~

✿‧:﹎。❤ Assalamualaikum ❤‧:﹎。✿
Salam berBIG (◡‿◡✿)
heh? mende BIG 2?
haha... BIG stand 4 Bina Insan Guru..
almaklum r..ecah nk jd cekgu..tp bru sem 1 study cni..
soo kna g BIG,,
ni kira cm baru balik gak r.. dah 8 hari lepas..huhu..
muka pun masih burn lg..uwwwaaaaaa.......


aku dah malas taip dah...haa.. baca jer r laporan hok aku daa antaq ni.. (2 pn kLU korg RAJIN bace lar.. kalu malas gak,, tgk gambo dah k..)..hahhhhaaa..


ISNIN, 2 MEI 2011
Pada hari pertama iaitu 2 Mei 2011, semua peserta telah bersiap sedia di padang pada pukul 7.15 pagi bagi mengambil barang-barang keperluan yang perlu dibawa dan digunakan sepanjang menjalankan aktiviti nanti. Antara barang-barang tersebut adalah peratan-peralatan yang digunakan untuk memasak seperti pinggan, periuk, talam, cerek air, dapur, cawan, sudu, sudip, belanga dan lain-lain lagi. Khemah dan kanvas juga turut diberikan untuk dibawa ke sana.

Selain itu, pembahagian kumpulan juga telah diberikan oleh Tn Hj Mohd Noor Bin Hj Awang pada pagi itu dan setiap kumpulan telah menggabungkan beberapa ahli daripada 4 buah kelas dengan seadilnya. Kesemuanya adalah 6 kumpulan dan mempunyai kekuatan ahli seramai 13 hingga 14 orang. Setelah pembahagian ahli dilakukan, tugas bagi setiap ahli di dalam kumpulan turut diberikan. Antara jawatan atau tugas tersebut ialah ketua dan penolongnya, setiausaha dan penolongnya, ajk peralatan dan penolongnya, ajk memasak dan penolongnya, ajk kebersihan dan penolongnya serta ajk khas. Selain itu, sistem tugas itu juga akan sentiasa berubah-rubah bagi memberi peluang untuk setiap orang merasai dan memikul tanggungjawab yang berbeza-beza.

            Setelah pembahagian kumpulan dan tugas dijalankan, setiap kumpulan diberikan satu set barang dan peralatan yang perlu dijaga dan digunakan oleh kumpulan tersebut dan barang-barang itu kemudiannya dimasukkan kedalam bas dan kedua-dua buah bas bertolak sekitar jam 9.20 pagi. Kami telah berhenti sarapan pagi di sebuah gerai makan yang terletak di Pasir Putih.

            Perjalanan diteruskan sehingga kami tiba di Jeti Gawi untuk menaiki bot ke Tapak Perkhemahan Pulau Poh. Disitu, kami dikehendaki untuk memunggah kesemua barang yang dibawa ke dalam bot laju untuk dibawa ke tapak perkhemahan tersebut, sebuah bot hanya mampu mengisi seramai 10 orang dan juga barang-barang. Oleh yang demikian, 2 biji bot laju yang digunakan telah bergilir-gilir mengangkut penumpang dan barang. Di tapak perkhemahan Pulau Poh pula, kesemua peserta bergotong royong mengangkut barang dari atas bot ke tempat perkhemahan. Setelah selesai semuanya, maka bermulalah tugasan bagi peserta memasang khemah dan juga setiap ajk masakan akan menyediakan hidangan untuk makan malam peserta.

            Pada petangnya, setelah selesai berkemas dan memasang khemah, para peserta telah menunaikan solat qasar dan jama’ taakhir bagi solat asar dan zohor secara berjemaah dan selepas itu, kami mengurus diri dan makan. Pada malam hari selepas solat magrib dan isya’ berjemaah, telah diadakan kuliah magrib. Pada pukul 9 malam pula, latihan dalam kumpulan (LDK) yang pertama telah dijalankan iaitu sesi suai kenal sesama peserta. Ianya dikendalikan oleh En. Che Othman Bin Che Wil. Setelah selesai LDK tersebut, para peserta diberikan sedikit taklimat berkenaan aktiviti air yang akan dijalankan pada keesokannya. Seterusnya para peserta dibenarkan untuk berehat. Sebelum itu, pembahagian tugas untuk berjaga dan mengawal malam telah dibahagikan mengikut ahli setiap kumpulan.













SELASA, 3 MEI 2011
Pada hari kedua, para peserta telah bersiap sedia seawal jam 6 pagi untuk solat subuh secara berjemaah. Selesai solat, tazkirah subuh telah diberikan oleh en. Lazim. Seterusnya, para peserta diberikan masa untuk bersiap sedia ke padang kawad kaki yang dikendalikan oleh kem komandan iaitu Tn. Haji Norizan bin Hanapiah. Para peserta diajar berkaitan beberapa perkara asas dalam kawad kaki serta latihan untuk majlis penutup nanti. Seterusnya beliau turut memberikan taklimat berkaitan perjalanan ke tempat untuk aktiviti air nanti.

Selesai aktiviti berkawad, kami dibenarkan untuk bersarapan pagi dan seterusnya bersiap sedia ke tempat aktiviti air. Sesampainya di tempat aktiviti air itu, kami dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu untuk aktiviti kayak dan juga untuk aktiviti “water confident”. Latihan “water confident” dikendalikan oleh Tn Hj Wan Mohd Zil Bin Wan Salleh dan aktiviti kayak pula oleh En Zainol Abidin Bin Zakaria.

            Antara aktiviti yang dijalankan semasa “water confident” itu ialah kawalan pernafasan, cara berenang dan teknik terapung. Selain itu, peserta juga diakar untuk menyelam dan melintasi jambatan yang dibuat. Seterusnya, para pelajar dilepaskan di dalam tasik untuk berenang ke tempat bendera dipacakkan di tengah tasik. Sepanjang aktiviti tersebut dijalankan, para peserta diwajibkan untuk memakai jaket keselamatan. Begitu juga dengan aktiviti berkayak. Peserta dibahagikan pasangan untuk berkayak dan mengelilingi pulau tersebut. Kesemua aktiviti air itu berakhir pada pukul 3 petang dan para peserta dibenarkan untuk pulang ke tapak perkhemahan. Malangnya, makanan yang dibawa untuk dimakan setelah selesai aktiviti tersebut telah dimasuki semut dan kami terpaksa menahan lapar dan balik menyediakan juadah yang lain.

            Selesai makan pada petang itu,kami telah bersiap sedia untuk menunaikan solat magrib dan isya’ jama’ dan qasar secara berjemaah. Kemudiannya kuliah magrib telah disampaikan oleh kem komandan. Selepas itu, pada pukul 9 malam, slot seterusnya telah diadakan dengan dimulakan oleh pembentangan bendera, logo, moto dan lagu patriotik kumpulan masing-masing.  Ujian personaliti telah dijalankan dikalangan peserta dengan dikendalikan oleh En. Othman. Selesai aktiviti tersebut, rutin berjaga malam dan memasak dipagi hari berjalan seperti biasa.


RABU, 4 MEI 2011
Pengisian aktiviti pada hari ini adalah dengan dimulakan solat subuh secara berjemaah dan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Tn. Haji Norizan. Selesai tazkirah tersebut, para peserta bersarapan pagi sebelum bergerak dan berkumpul di padang kawad kaki. Latihan kawad kaki kali kedua dijalankan seperti biasa.

Seterusnya, kami diberikan taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut iaitu “jungle trekking” di Pulau Herba dan Ikhtiar hidup di Air Terjun Sungai Saok. Taklimat tersebut adalah berkisar tentang barang keperluan untuk memasak dan diri yang perlu dan tidak perlu dibawa kesana.

            Selesai taklimat tersebut, setiap ahli di dalam kumpulan berbincang tentang menu masakan nanti dan barang-barang yang perlu dibawa. Kami kemudiannya bersama-sama mengumpul barang-barang tersebut dan bersiap sedia untuk menaiki bot ke Taman Herba di Pulau Sah Kecil. Perjalanan ke sana adalah dengan menggunakan dua buah bot besar dan 3 buah bot laju.

Kami selamat tiba di taman herba dan mendengar taklimat oleh pihak pengurusan Taman Herba itu iaitu en Majid. Beliau memberikan penerangan berkaitan taman tersebut serta ekspedisi “Junggle Trekking” yang akan dijalankan nanti. Ekspedisi itu kemudiannya diambil alih oleh pekerja di sana dengan diketuai oleh en. Azizi. Pelbagai flora dan fauna serta tumbuhan herba ditemui sepanjang perjalanan tersebut. Aktiviti tersebut berakhir dengan kesemua peserta berkumpul di pondok harmoni dan bersama-sama menikmati minuman herba yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Taman Herba tersebut. Antara minuman herba tersebut ialah tongkat ali, kacip fatimah dan dewa mahkota. Sebelum minum, en majid telah memberi penerangan berkaitan herba-herba tersebut dan mengenai taman herba itu.

Seterusnya, selesai menikmati minuman tersebut, kami menaiki bot dan meneruskan perjalanan ke Air Terjun Sungai Saok untuk menjalani aktiviti seterusnya. Kami tiba di lokasi tersebut kira-kira pukul 12.20 tengahhari dan kemudiannya kami mencari tempat memasak untuk setiap kumpulan di tepi air terjun. Pertandingan memasak dijalankan dan setiap kumpulan perlu menyediakan juadah dengan menggunakan bahan mentah yang telah diberikan seperti beras, ikan sardin dan tepung. Selesai memasak dan menghantar juadah yang telah disediakan untuk dinilai oleh para juri, kami menikmati juadah tersebut. Selesai makan, kami dibenarkan untuk mandi dan bermain di sekitar air terjun tersebut.

Kami kemudiannya bertolak balik ke tapak perkemahan dan setibanya di sana, berlaku sekali lagi gangguan air dan kami terpaksa berjimat cermat menggunakan air di kolah untuk mengambil wuduk, memasak dan untuk keperluan yang penting sahaja. Kesemua peserta bertolak ansur dan sama-sama membantu untuk mengangkut air bagi tujuan memasak. Seterusnya kesemua peserta menuanikan solat asar dan zohor secara berjemaah.

Pada malamnya, aktiviti malam kebudayaan telah diadakan. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan lakonan atau apa jua tayangan yang telah disediakan untuk tontonan dan penilaian para juri. Selesai persembahan tersebut, en Zainol telah memberikan refleksi dan diakhir sekali, kami diberikan tugas untuk mengemas kesemua barang dan bersiap sedia untuk pulang pada pagi esok. Antara tugas tersebut ialah mencuci peralatan-peralatan memasak, melipat khemah bagi perempuan, dan menjemur jaket keselamatan. Kesemua tugas selesai dilaksanakan kira-kira jam 2 pagi.





















KHAMIS, 5 MEI 2011
Pada hari terakhir ini, seperti biasa membersihkan diri seadanya berikutan ketiadaan air dan mengambil wudu’ lalu menunaikan solat subuh secara berjemaah dan mendengar tazkirah subuh yang disampaikan oleh Tn. Haji Norizan. Selesai sahaja tazkirah itu, kami berkemas dan mengangkut barang ke bawah disamping menikmati sarapan pagi yang telah disediakan.
Acara kemuncak iaitu majlis penutup berjalan dengan lancar di padang kawad kaki. Perasmian penutup telah dijalankan oleh En. Wan Mohd Din B Wan Mohamad.

            Selesai majlis tersebut, kami berkemas untuk pulang ke jeti. Barang-barang diletakkan di dalam bot besar dan beberapa orang penumpang diangkut menggunakan bot laju. Setibanya di jeti, sekali lagi barang-barang dipunggah dari bot dan diletakkan di suatu sudut sementara menunggu ketibaan bas. Setibanya dua buah bas yang akan membawa kami pulang itu, barang-barang itu sekali lagi dipunggah dan dimasukkan ke dalam bas. Perjalanan pulang berjalan dengan lancar dan kami berhenti makan tengahhari di Setiu seterusnya meneruskan perjalanan dan tiba di IPG Kampus Kota Bharu tepat jam 3 petang.

            Kami kemudiannya bergotong-royong mengangkut barang keluar dari bas dan membersihkan khemas seterusnya menyimpan kesemua barang di dalam stor.








 p/s: sekadar perkongsian.. :kurangkan dosa, tmbahkan phala.. renung-renungkan... Zass~~
     : dnt copy aku nyer laporan k.....hakcipta terpelihara 2.. u amik,, I SAMAN u!
     smua gamba nie bkn dr kmera ecah.. amek dari seargent keroro..hehehhee..=)

No comments :