Sunday, February 27, 2011

~ 10 aDaB sEmASa bErBuAl / bErKuMpUl ~

Assalamualaikum..
jawab salam tu dulu tau..(xjawb dosa) hehe..


hari ni nak crita tentang adab smasa kita tengah berbual-bual dan masa tengah berkumpul beramai-ramai.. ada juga adabnya walaupun kita berkumpul tu sama mahram / sama jantina.. ecah terasa perlu sebut psal topic ni sebab baru-baru ni ada berbual dgn salah sorang kawan ecah dan dia cerita bhawa semasa kami ada berkumpul dan berbual, kadang-kadang akan membuatkan seseorang "terasa hati". semua ni berlaku secara x sengaja.. kadang-kadang kita tak sedar.


Dengan menjaga adab kita dalam kita sedang berbual dan berkumpul ni, maka kita akan memperoleh manfaat, seperti merapatkan lagi ukhuwah sesama umat Islam tanpa "terasa hati", "merajuk" dan sebagainya. ukhuwah yang dibina juga adalah yang dilandasi iman dan keikhlasan kepada Allah.


Allah telah berfirman. Artinya :

Dan berpegang teguhlah kalian denga tali (agama ) Allah bersama-sama , dan janganlah kalian bercerai-berai, Dan ingatlah nikmat Allah yang telah Allah berikan kepada kalian, ketika kalian dahulu bermusuh-musuhan, lalu Allah lunakkan hati-hati kalian sehingga dengan nikmat-Nya, kalian menjadi bersaudara, padahal tadinya kalian berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian daripadanya.
Demikianlah Allah menjelaskan kepada kalian ayat-ayatnya, agar kalian mendapat petunjuk
[QS. Al-Imran : 103].
 sesungguhnya tidak ramai yang sedar bahawa semasa kita tengah berbincang mengenai sesuatu, pasti akan ada "silap" di mana-mana yang akan membuatkan beberapa pihak "terasa hati" lalu menyebabkan hubungan diantara kita menjadi renggang.

abad-adab:


1. jangan mengata/mengutuk/mengkritik/mengumpat atau yang sama waktu dengannya. berdosa tau mengumpat nie.. cuba kalu orang lain mengumpat pasal kita, apa kita rasa? xbaik mengaibkan orang lain nie..


2. jangan bersuara sekiranya kita rasa kita akan meyakitkan hati orang lain. MENDENGAR lebih baik dari BERSUARA.


kerana mulut,badan binasa
3. jangan bercakap berdua sahaja. maksudnya di sini, apabila kita berkumpul dan berbual lebih dari 3 orang, tiba-tiba dua orang lagi bercakap/berbisik-bisik mengenai sesuatu (rahsia mereka je kot, orang lain xbole tahu), ofcos orang lain pon nak tahu kan tentang apa yang mereka ceritakan. sekiranya orang yang ketiga ni bertanya mereka berdua tentang apa yang mereka bincangkan itu dan mereka berdua menjawab dengan "xda pa pe pon". hah, mesti terasa hati kan kita? jadi, kalu xnak orang lain tahu, jangan cerita semasa tengah ramai-ramai tu. tunggu la masa utk korang berdua saja. ok?


4. ingat Allah.. jangan terlalu lalai.


5. tegur kawan-kawan sekiranya ada diantara kita yang melampaui batas yang sepatotnya.


6. terima pendapat orang lain.


7. sabar. xdinafikan bahawa kadang-kadang, semasa kita tengah berbual dan berbincang mengenai sesuatu, mesti akan ada 1/ 2 perkara yang kita tidak bersetuju. jgn marah-marah.. bertenang.. think positif. ingatlah syaitan sentiasa berusaha untuk menghasut kita.


8. fikir dulu sebelum bersuara. "terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya"


9. Jangan bersifat berpura-pura (bermuka-muka).


10. Bersopan dalam perbincangan dan hindarkan pertengkaran.




p/s: ni pedoman dan nasihat untuk diri ini dan juga pada semua.. sama-sama kita perbaiki diri kita..
kurangkan dosa, tabahkan pahala..renung-renungkan.. Zasss~~

No comments :