Friday, January 25, 2013

anak-anakku yang sweet..

Assalamualaikum..
yer.. ^_^ Senyum dulu..
Olla evrybody!! hihi...senyum sorang-sorang tiap kali nampak pic ni.. sweet tak "anak-anak" ecah? hehe.. actually some of housemate ecah panggil ecah 'mak' .. hihi,.. kalau tiap-tiap hari ada orang yang siapkan breakfast camni kan best..lalalala.. tq dear achik.. main-main sticknote lagi..ala-ala Setia Hujung Nyawa gitu.. 

Friday, January 18, 2013

Resepi Durian Crepe Mudah+cepat+ringkas!

Assalamualaikum..
yer.. ^_^ Senyum dulu..
Olla evrybody!!buzynya 2013 ecah ni.. xmenyempat nak update blog..huhu.. papepon ecah nk share resepi DURIAN CREPE yang membe ecah buat..2 hari lepas belajar buat durian crepe ni dari dia.. tgh2 malam pulak tu belajarnya... hehe..papepon baru ecah tahu, SENANG je kot.. (sebelum ni ingatkan susah..) hahaha.. yummy!!!
Bahan A (kulit)-semua diblend sekali
-5 biji telur
-600 ml air
-5 sudu kecil minyak
-2 sudu kecil esen vanila
-5 sudu gula
-1 tin susu cair
-2 sudu kecil pewarna kuning
-150g tepung kanji
-150g tepung gandum

Bahan B (inti)
-isi durian
-RICH'S GOLD LABEL cake & desert topping (krim-diputar hingga naik jadi krim)

Cara-caranya:
1. blend hingga sebati semua bahan A
2. panaskan pan tidak melekat dan tuangkan sedikit bahan A tersebut
3. ratakan cecair di dalam pan denggan mengangkat dan menggolekkan pan
4. setelah lihat kulit bahagian atas kering, cuba angkat dan kelurkan dari pan. "JANGAN TERBALIKKAN KULIT. cuma masakkan bahagian bawah sahaja
5. bahagian yang licin akan menjadi kulit luar. letakkan di dalam pinggan. 
6. letak krim sesudu lebih diatas kulit, letakkan isi durian diatas krim, kemudian letakkan krim lagi untuk sembunyikan isi durian
7. lipat kulit crepe tersebut.
8. Simpan dalam peti. enak dimakan sejuk. DONE!
YUMMY!!!

ecah juga tolong iklankan ni sebab membe ecah ni nak buat bisnes ni kecil kecilan.. nk bolehla order!

Tuesday, January 8, 2013

menderma darah 8/1/2013

Assalamualaikum..
yer.. ^_^ Senyum dulu..
Olla evrybody!! yeah!! ecah berjaya lagi melepasi beberapa halangan untuk menderma darah.. hihi.. alhamdulillah kali ni, 2 orang clastmate ecah yang dulu takut nak derma darah tapi dapat ikut serta menderma tadi.. =)
Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk menjadi penderma

its her 1st time.. 


siapa boleh teka ini kali keberapa bagi ecah?

Friday, January 4, 2013

saya 'PEMBUNUH?'

Assalamualaikum..
'pembunuh?' yer.. ^_^ Senyum dulu..
Olla evrybody!! salam jumaat pertama 2013.. uhuk! tolong3!! rumah sewa ecah diserang cik TIKUS ! dah 2 ekor ecah bunuh dengan tangan ecah sendiri.. kejadian terbaru pagi tadi.. habis bersepah rumah bawah ecah dengan kawan ecah punggah sebab kejar TIKUS tu.. aih.. dia boleh pulak main sembunyi2.. haish.. itu yang paling geram tu.. 2 kali cari tak jumpa..last2 tunggu depan pintu bilik sampai dia keluar.. 

senarai TIKUS yang ditemui:
november 2012- seekor TIKUS dibunuh
1 jan 2013- berjaya tangkap dan bunuh seekor
2 jan 2013 - seekor TIKUS 'bunuh diri' dengan terjun dari tingkap..haha
4 jan 2013- TIKUS paling licik dibunuh dengan tangan ecah sendiri (ehh!! tersentuh badan dia masa tangkap..tak sedar plastik ditangan tak diikat..huwaa.. 

tolonglah.. dah penat dah tangkap makhluk ni.. habis baju kami semua kena cuci.. siap ada lagi baju kawan ecah yang digeritnya.. tolonglah bagi tips untuk hapuskan TIKUS ni.. & cara elakkan dia dari masuk rumah kami.. 
Lihatlah rumah yang bersepah gara-gara kejar TIKUS tu..huhu

bilik kawan ecah yang ecah sepahkan untuk kejar dia..haha

Aku ingin berubah, tapi.....

Assalamualaikum..
salam jumaat yer.. ^_^ Senyum dulu..Olla evrybody!! kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik dan makcik-makcik jom tonton vidio ni.. mesti tengok tau.. 
i'm still trying.. pray 4 me ok!
-TIADA ISTILAH 'SAYA SUDAH CUKUP BAIK'-

Tuesday, January 1, 2013

Review Pemenang Segmen Memori 2012 terpahat di ingatan .


Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan salam 1 malaysia..

Dengan rasminya segmen pertama ecah iaitu Segmen: Memori 2012 terpahat di ingatan telahpun tamat seiring dengan  berakhirnya tahun 2012 kita..maka 2012 yang lalu itu pasti menjadi kenangan dan memori buat kita semua (aiceh ayat..) trima kasih kepada 50++ blogger-blogger ni [sini] yang sudi untuk berkongsi kenangan pahit manis yang tak dapat dilupakan kalian pada tahun 2012 ni.. Alhamdulillah walaupun ni segmen pertama dan tiada hadiah yang dijanjikan, tetapi ecah puas hati sebab diorang sudi join juga,.. soo insyaAllah ecah akan rajin-rajin menjenguk ke blog korang pasni ok.. ^_^

Haa..setelah membelek-belek entri kalian yang kebaboom! banyak dan semuanya memang best.,tapi 3 blogger ini yg terpilih untuk direview..TAHNIAH! (yang lain jangan sedih-sedih tau, ecah godek-godek juga dan entry korang)

1st Best: tiada yang lebih indah daripada ke Rumah Allah
entri memori terindah yang dilakarkan oleh eyza dalam entri [INI].. ecah tertarik dan sedikit Cemburu dengan beliau kerana pada usia yang muda lagi dia dah menjejakkan kaki ke Rumah Allah Makkah dan Madinah.. InsyaAllah suatu hari nanti ecah juga akan menyusul ke sana.. sama-sama la kita berdoa supaya suatu hari nanti kita juga dapat menjadi tetamu Allah seperti eyza.. Tahniah sis eyza.,, anda bertuah.. dan selamat menjadi tunangan orang ya.. (jom ucapkan tahniah pada EYZA dalam blog [Dia]

2nd best: memori sedih, kehilangan sukar dilupakan
sebenarnya ada beberapa memori sedih daripada blogger yang join.. tapi ecah pilih entri daripada cik adik Nuraini Sukhor [KLIK]. Sedih saja ecah baca..huhuhu.. dia kehilangan sesorang adik sepupu yang baru berumur 6 tahun.. membaca entrinya membuatkan ecah berfikir dan mengingati bahawa mati itu pasti dan kematian itu pasti akan menjemput sesiapa saja tidak kira usia kita.. ecah tahu bagaimana rasanya kehilangan seseorang yang kita sayang.. semoga keluarga arwah terus tabah menjalani ujian Allah ini. Alfatihah buat arwah.

3rd best:  banyak ujiannya
entri daripada sis mimie najib dalam entri segmen ini [SINI] menceritakan banyak sekali suka duka dia menanti untuk dijabkabulkan bersama encik tunangnya..ujian tu ye sis. ecah doakan semoga sis sabar menanti dan insyaAllah janji Allah itu pasti, Allah sebaik-baik perancang kan.. 

~jom kita follow mereka ni ok!~


Ok. dikesempatan ini, ecah juga nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 kepada semua.. semoga pada tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dan pelbagai memori terindah dapat dicipta pula untuk tahun baru ni ok!

p/s: walaupun segmen dah habis, tapi kita masih boleh lagi nak bw ke blog mereka-meraka ni [Tekan]..
jom eratkan silaturahim kita ok.. ^_^